Rumah Sewa oh Rumah Sewa

Pening ! Pening ! Pening !

One of the part yang paling susah is RUMAH SEWA. 

Kau rasa?

Betol kan?

Generally, kat mana kita selalu cari info pasal RUMAH SEWA??

1- Mudah (of course!)
2- Search group "Rumah Sewa" kat FB.
3- I-Property
4- Jalan-Jalan kawasan Perumahan yang telah di "mark" (belom buat lagi)

Iklan rumah sewa memang banyak. Tinggal pilih ja nak duduk mana. Tapi seriously korang kena berwaspada.

Kenapa?

Kenapa?

SEBAB... 

Banyak sangat kes PENIPUAN yang melampau okey ! Kat mana kita tau? Kat ITEM 2 atas nuh haa.

Dekat group tuh banyak mangsa yang share pengalaman kena tipu. Kebanyakannya kena tipu beribu-riban. Korang pun tau lah kan nak sewa rumah sekarang nih kena standby deposit beribu-riban.

Kes tipu yang selalu diorang share:-

1- Ada yang mengaku kononnya dia AGENT so, upah agent lain & tak sama dengan deposit rumah. Korang kena bayar dulu booking fees (bukan DEPOSIT RUMAH) sebelum nak datang view rumah (untuk makluman, booking fees boleh mencecah 800.00 ke 1,000.00).

2- Iklan dan detail memang lengkap. Tapi sebenarnya gambar2 dalam iklan itu adalah rumah yang dah berpenghuni atau dah ade penyewa. Ada yang memang dah duduk situ bertahun-tahun. Dorang yang tak tahu nih bayar semua deposit yang beribu-riban tapi time nak amik kunci si "owner" hilang ntah ke mana. Bila pergi rumah yang kononnya nak disewa tuh dah ada orang duduk. (Tak tahu macam mana dorang buat kerja ni, tapi serious banyak yang tertipu).


Takutkan? Zaman sekarang senang je na buat duit. Dorang bukan kira dah halal dan haram. Hmmm!!!


Macam mana nak secure? Here the tips ! 

  • Jangan bayar online sebelum jumpa tuan rumah tersebut
  • Nak elak ditipu, minta bil air/letrik/astro & wat untuk semakan
  • Minta salinan ic dan semak kat SPR. Memang akan keluar nama. Tengok muka dia sama x dengan ic. Face could be deceiving
  • Agreement mesti ada, semak dulu sebelom sign takut kalo ada hidden agenda
  • Nak detect penipu senang jer, diorang DESPERATE NAK DUIT. kalo desak2 nak suruh bayar cepat, SAH PENIPU !!
  • Mintak segala mak nenek dokumen dari dia beserta dokumen ori. Potostat xdibenarkan since sekarang dunia canggih photosyop motosyop.
  • Kalo pemilik harta rasa tersinggung, cakap je saya pernah kena tipu, so saya nak elak dari ditipu je mesti diaorang paham.

Alhamdulillah, untuk kami, kami dah dapat rumah sewa. Thanks to my cousin sebab sudi bagi kami menyewa rumah beliau. Moga bertambah rezeki beliau satu keluarga. 

Kepada B2B yang lain, kita doakan korang tak jadi mangsa penipuan rumah sewa okey.

AMMINNN.

Oh yeah, kami bakal duduk KERAMAT. So, orang keramat, please be nice with us okey. ^^

Butik Pengantin



One of the #mainthing yang semua  B2B pening nak cari. Betol x? Dah berbulan-bulan kite survey pasal butik nih. Tapi ya ampunnnnnn !! Payahnya nak jumpa butik area melaka. Sesiapa yang buat majlis kat KL / Selangor sangatlah beruntung. Sebab u'olls ada macam2 pilihan tinggai nak pilih ja. Hailaaa~~~

So, guys, back to my stories here. Butik yang selalu akan keluar if kite google is GEE CANTIK. Okey, frankly speaking la, butik nih agak femes and dah menjadi butik yang kite aim untuk our wedds. Tapi rata-rata B2B yang lain review, MAHAL. Kita suka baju n make up dari butik nih.

Kita hampir frust taw sebab tak tahu mana nak cari butik yang harga dia berpatutan. Entah macam mana kita terjumpa satu butik yang dekat je dengan rumah kita. 

Haa??

Percaya tak??

Nama butik nih Butik Seri Singgahsana. Terletak di pekan Lubok China. Bila buka FB dia je kite terus berkenan okey !! MAKE UP !! BAJU !! PELAMIN !! OH suke gilers babeng !!

Owner Butik nih orang panggil Kak Siti. Comel je orang die. Kecik je tapi dah ade anak 2 kalau tak silap. Hehehe. So, masa jumpa dia awal bulan 1 ari tuh. Butik dia messy sangat tapi fahamlah sebab dia cakap dia orang terlampau buzy sebab banyak client dri Johor sampai butik pon tak sempat nak susun. Sebelum nih dia orang butik kat damansara. Suddenly her husband bought house area Paya Rumput. So dorang decide to move semua sekali termasuk business. Kak Siti ni handle butik n husband dia, Abg Is Photography.

So, kita straight to the point. Mak kita decide nak amik full package dari butik nih. So, tapayahlah susah2 nak cari Catering asing kan? Lagi pening dah nak pikir catering semua.

 Butik Seri Singgahsana menawarkan full package okey. So, we decide tuk amik full package. Kak Siti  kata full package termasuk: 

Catering
Andaman 
Meja Beradap
Rebana
PA System
Pelayan
Setting Dewan
Photobooth (maybe added later)

Okey memang cuci tangan lah kan. HEHEHEHEEH !

 Andaman pulak Kak Siti bagi kita pakej yang berbalois sangat termasuk:

Busana Pengantin (baru L & P )
Make Up 2x (Nikah & Sanding)
Aksesori Lengkap
Pelamin Dewan
Pintu Gerbang/Walkaway/Redcarpet
Veil & Bantal Nikah

Siap dapat baju baru ikut design yang kite nak ! Giler tak suka ??!! 

Okey, letak dep RM200.00 (settled!)

TEMA: GOLD + Champagne (SONGKET)
HARGA PAKEJ: krikk krikkk, SILA DEAL DENGAN Butik Seri Singgahsana & Kak Siti .


SAYONARAAA~~~~!!!

My Nikah Outfit



Korang !! guess what?? 

..

..

..

..

Mr. A and I dah p Jakel beli kain ela untuk buat baju nikah. Hehehe. Awal benor ek? Tawu..tapi beselah. Bukannya excited ke tak sabar ke tapi sebab senang nak adjust duit. Bile dah beli, at least tapayah pening dah. 

Kami beli kat Jakel, Shah Alam. First time masuk Jakel weh ! (tapayah nak tak percaya sangat, memang hakikat okey, sila ejek !)Yang paling cannot go kita orang masuk x sampai sejam pon. 

HAHAHAHA ! 

Masuk je Jakel, Shah Alam tuh kia orang terus tanya bahagian perantin. So kena naik tingkat 3. Banyak sale tapi mata n kepala dah set kat satu benda je. 

KAIN ELA BAJU NIKAH.

Dah sampai tingkat 3, terus je mata nih mencari nama kain. Dalam kepala 

TAK MAHU SATIN. 

So, mengikut survey yang berbulan2 daripada encik GOOGLE, material yang boleh kami cari selain yang tersebut di atas is VALENTRO and/or FABIANO. Yang Mr. A pula ikut je cik Fiance dia nih. Sebabnya dia lagi tak tahu pape! #OkFine! Pusing punya pusing, ya Allah rambangnya mata. Banyak pula LACE yang cantik2 yang cun2 & yang vougue2. Giler betul masuk sini...

Oh, adjust balik kepala nih ikut apa tujuan asal. Kite jumpa a few lah material valentro. Kain dia not bad, xkilat which is memang TAK NAK NAMPAK KILAT (macam satin). 

Harga? 

Valentro >> 1m : RM25.00 (bidang 45")

Okey pusing lagi. Ok jumpa lagi kain yang memang dah aim.

Fabiano >> 1m :RM28.00 (bidang 45")

Mahal jugak nih. Pusing lagi...pusing...taraa !! Jumpa sudaahhh...!! Rasa macam nak sengih sampai telinga.

Valentro : 1m : 18.00 (bidang 60")

So, kompem amik ! Cari kaler SILVER. DONE! Teruslah kami minta kakak Jakel tuh potong kan. Eh, sebelum tuh ,


Kite: Untuk buat baju melayu sepasang, berapa meter ek untuk badan saiz Mr. A nih?

Kakak Jakel: 4 meter dik. Kalau Bidang 45" kena beli 5 meter.

Kite: Kalau nak buat jubah pulak? Saiz saya.

Kakak Jakel: 3.5 meter pon cukup. Tapi kalau amik 4 meter nanty lagi senang nak nampak flowy dia.

Kite: Oh, okey2, akak potongkan 4m /4m yea. TQ !

Dah siap potong kitorang terus p kaunter. Bila tengok resit akak tuh bagi lagi discount so kitorang dapat

1m : RM15.00 (BIDANG 60")

YEAY ! Semestinya under bajet ! HEHEHE ! Dapat je kain kita orang terus keluar dari Jakel. Macam kite cakap tadi,

TAK SAMPAI SEJAM !! HEEE !!

Okey, next tunggu nak anta tempah pulak. Mungkin lepas raya baru hantar. Baru beli kain nikah dah excited macam nih. Can't wait nak beli persiapan yang lain.


SAYONARAAA~~~! <3

My Official Photographer (OP)


#throwback
Photographer pilihan >> 
Sam Rais Photography

Pakej Pilihan >> 
2 Events (Solemnization & Reception) + 1 Storybook Album 12" x 12" + Free Outdoor + Free Frame 12 x 18" + DVD Soft Copy
Reason Pilihan >>
Meh nak story mory. Frankly speaking majlis aku nanti buat kat Melaka, so memang sangatlah limited pilihan Photographer. Tau2 jelah kawasan Melaka bukannYa macam kawasan KL yang bersepah Photographer. Memanglah boleh nak amik Photographer KL tapi kena cas transport pulak. Al-maklumlah kami nih bajet tak berapa nak besar.

Aku suka usha2 Butik Gee Cantik & berangan jugak nak pilih dia untuk wedd aku nanti. Kebetulan Sam Rais Photography nih selalu je jadi Photographer untuk client Butik Gee Cantik. Gamba dia memang buat aku jatuh chenta habis.

Try sent kat Fiance, die pun agreed! End up..confirm kami pilih Sam Rais Photography untuk rakamkan hari bahagia kami. 

Aku ada jugak baca review pasal Sam Rais Photography dekat blog-blog. Memang ramai yang bagi feedback 5stars!! So, lagilah aku yakin nak amik Sam Rais Photography ni.  Ada jugak yang cakap customer dapat lambat gambar dari Sam Rais Photography  tapi bila dapat memang kebabom lah result dia !! so, pada aku berbaloi lah tunggu lama sikit untuk dapatkan hasil yang sangat superb, betol x???Abg Sam pun tak lokek bila aku tanya banyak soalan kat dia. Alhamdulillah takde transport charges. ^^

Ada jugak yang tanya kenapa tak masukkan sekali VIDEOGRAPHY? Aku bukannya taknak amik VIDEOGRAPHY tapi ikut bajetlah. Dapat cari Photographer Professional tapi under Bajet pun dah kira bersyukur taw. 

Soalan lain lagi yang orang tanya ialah pakai berapa orang Photographer? Abg sam cakap memang pakai 1 je Photographer kalau nak tambah lagi satu Photographer kena add-on fulus. Ada ke yang nak bayarkan? Mesti takde kan. So, shut up. Hehehehehe ! Tak marah pun cuma berapa kali daa nak ulang, semua harus under Bajet. Kami taknak buat yang besar/mewah pun. Majlis sederhana tetapi meriah dan ada yang rakamkan memori tuh. That's it.

Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. And guess what? Kami dah bayar Deposit kat abg sam. Hehehehe.

Ni sample yang aku dapat dari Sam Rais Photography


It's so CHANTEK SUPERB GOJES MELETOPS kannnn..^^


P/S : memang majlis awal sangat lagi tapi aku tak boleh nak dok diam. Dah mula setat mensurvey itu ini. Details & terperinci. Untuk pastikan setiap sen yang keluar untuk majlis nanti berbaloi dan menjadi kenangan/moment yang paling indah dalam hidup. ^^

Doakan yew ;)

Nikah Date

#Throwback
Uittt~~!!!
Hamek kau !!!
Tajuk Entry sangatlah tak menahan. Wakakakakaka !! ^^
Ajet-ajet jew! Hahaha !!

2 August 2014.
Family Mr. A datang raya dekat kampung.
Siapa family dia?
Bakal family aku jugeee ..@_@
Naik kereta baru weh, kau hado? 
Mitsubishi Lancer 2.0 (pergh! Pandang jela mampu :p)

Hidangan
* Gulai Siput campur Nanas
* Ayam masak Sambal Sos
* Sayur Sawi Jepun Goreng

(p/s : Jangan meleleh aiyaq liuq naa ..:p)

Ok, setelah perbincangan dibuat family Mr. A & famliy aku decide nak buat majlis pada......
>
>
>
>
>
>
>
25 December 2015 (14 Rabiul'Awal 1437) -
Jumaat (Solemnization)

26 December 2015(15 Rabiul'Awal 1437) -
Sabtu (Reception)


Ok, dah boleh start berangan. Bye !!






Daaaa~~~!

29.03.2014

Apakah?
Actually nak buat tajuk cenggini ::>> #throwback
Tapi tak boleh, bila PREVIEW die kuar kosong...kosong...kosong... -.-
Ok, nak #throwback ape erk???
Haa..nak #throwback kami punya Engagement. Phewwww...Berkurun sudaahh.. -.- (Lantaklah)
Date : 29 March 2014
Tempat: Kampung Titian Bintangor
Hantaran Lelaki kepada Perempuan (Deco by His Kakak n himself):
> Tepak Sirih + Cincin Tunang
> Telekung
> Coklat/Manisan
> Buah-buahan
> Kek

Hantaran Perempuan kepada Lelaki (Deco by MySelf & MyBFF):
> Sejadah
>Sirih Junjung
>Gula-gula
> Cokelat
> Kek (Sponsor by Brownilicious)
> Bunga Rampai
>Buah-buahan


My Persalinan
> Baju : Beli Sendiri (Jalan TAR)
> Halfmoon : Beli di Hajra (Manik fully sponsored by MyLovelyCousin)
> Kasut : Birthday Present
> Bunga Tangan : DIY
Make up : Butik di Masjid Tanah (Tak ingat nama tapi xnak amik dia untuk wedd sebab make up xberapa cantik..-.-)


Ok dah.

Meh aku share lagi gambar-gambar cun gitu!!

Layannn~~~~
















Eh, jap..ada gambar yang takde kat aku lagi sebab kat camera cusin aku. Tapi sempat amik gambar mcm ni je laaa

Layannnn~~~





Ok dah HABISSS..

Daaaa~~!!